Beliau merupakan Guru Cemerlang Matematik yang bertugas di SMA Daril Iktisam, Kedah
Berikut adalah Video-video Yang dihasilkan oleh Cikgu Khairil Haffez Bin Sahidan :
1) Persamaan Linear Serentak (Kaedah Penghapusan)
Video topik persamaan linear serentak menggunakan kaedah penghapusan. Sesuai utk PT3 dan SPM.. dikongsikan juga kaedah menggunakan kalkulator (minit 6.01).
Perkongsian Penyelesaian persamaan serentak menggunakan kaedah matriks oleh Cikgu Farah Hayana Binti Idris (Guru Cemerlang Matematik, SMK Sg Pasir Kechil)
Hasil daripada perkongsian ini, pelajar akan dapat mengetahui teknik mudah untuk menjawab kaedah matriks dengan mendapat 4 markah.
Murid juga didedahkan dengan petua mudah dan teknik menggunakan kalkulator untuk menyemak jawapan.
Semoga bermanfaat.
Video "Hormat-menghormati Antara Kaum" ini dihasilkan oleh
Kumpulan Dinamik daripada SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Ahli Kumpulan
Dinamik terdiri daripada Jaranya A/P Chandran (4UKM), Suwethini A/P Chandran
(3RK) dan Nur Fateha Binti Yusri (4UIAM).
Video ini memaparkan tentang kepentingan sikap
hormat-menghormati antara kaum. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama
dan budaya yang hidup harmoni. Keamanan negara yang kita kecapi hari ini adalah
disebabkan sikap hormat-menghormati
antara satu kaum dengan kaum yang lain. Simbolik kepada perpaduan kaum
boleh dizahirkan menerusi sikap hormat yang menjadi teras perpaduan. Sikap
hormat sesama kaum lain perlu diperkasakan dan diterap agar menjadi contoh
kepada generasi akan datang demi mengekalkan keharmonian hubungan antara kaum.
Nilai hormat-menghormati tidak boleh dipandang remeh kerana nilai ini merupakan
satu keunikan yang menjadi kebanggaan masyarakat majmuk Malaysia.
Video "Kasih Sayang Seorang Sahabat
Sejati" ini dihasilkan oleh Kumpulan Dinamik daripada SMK Taman Desa
Skudai, Johor Bahru. Ahli Kumpulan Dinamik terdiri daripada Jaranya A/P
Chandran (4UKM), Suwethini A/P Chandran (3RK) dan Toh Jia Yan (4UPM).
Video ini memaparkan tentang erti sebenar kasih
sayang seorang sahabat sejati. Sahabat sejati merupakan anugerah terindah dalam
hidup kita. Sahabat sejati akan menjadi teman di saat kita susah mahupun
senang. Seorang sahabat sejati akan membantu meringankan permasalahan kita.
Secara kesimpulannya, kasih sayang seorang sahabat sejati yang tulus dan ikhlas
dapat membantu kita mencari penyelesaian dalam kehidupan.